Berita UtamaDunia

15 maut dihanyut arus

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan

YANGON, 16 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan beberapa lagi hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam satu kejadian di tenggara Mon, Myanmar pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik pegawai polis tempatan.

“Kejadian itu berlaku ketika orang ramai sedang melakukan aktiviti keagamaan di pesisir pantai,” kata pegawai polis.

Kemalangan berlaku kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan di bandar Thanbyuzayat.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button