Berita UtamaDunia

Masjid Nabawi kini dibuka untuk solat tanpa permit, janji temu

Hanya tunjuk aplikasi Tawakkalna sebagai bukti divaksin

MADINAH, 16 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Permit dan janji temu tidak lagi diperlukan untuk pelawat yang mahu menunaikan solat di Masjid Nabawi di Madinah, menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagaimanapun, pelawat masih perlu mengemukakan aplikasi ‘Tawakkalna’ bagi membuktikan mereka telah menerima dua dos vaksin COVID-19 atau menerima dos pertama dan lengkap 14 hari selepas menerima suntikan, menurut akhbar Saudi Okaz.

Bulan lalu, Masjidil Haram beroperasi pada kapasiti penuh, dengan jemaah menunaikan solat tanpa penjarakan buat kali pertama sejak wabak koronavirus  melanda dunia. 

Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi meluluskan langkah berjaga-jaga COVID-19 yang ketat di negara itu, termasuk mengendalikan Masjidil Haram pada kapasiti penuh.

Awal minggu ini, kerajaan mengumumkan bahawa jemaah di luar negara kini boleh memohon permit untuk umrah dan solat di Masjidil Haram. 

Pada masa sama, mereka juga dibenarkan ke Masjid Nabawi melalui aplikasi mudah alih yang diluluskan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button