Berita UtamaDunia

Taliban mula bayar gaji tertunggak kakitangan kerajaan

Bakal perkenal cukai Islam bantu orang miskin, anak yatim

KABUL, 16 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Kerajaan Taliban mula membayar gaji tertunggak kepada semua kakitangan awam – yang belum dijelaskan sejak kumpulan itu mengambil alih negara pada Ogos.

“Kami akan bayar gaji mulai hari ini, paling kurang tiga bulan,” kata jurucakap kementerian kewangan Taliban, Ahmad Wali Haqmal.  

Katanya, pembayaran itu akan dibuat melalui sistem perbankan negara.

Gaji kakitangan akan dibayar untuk tempoh bermula 23 Ogos, berkemungkinan ada juga yang akan dibayar untuk bulan sebelumnya.  

Beliau mengesahkan, sistem perbankan Afghanistan tidak ‘lumpuh’ sejak kejatuhan kerajaan terdahulu.  

“Ia hanya memerlukan masa untuk beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap jabatan hasil kerajaan, Meraj Mohammad Meraj berkata, pihak berkuasa kini mampu membayar gaji selepas memperoleh hasil 26 bilion Afganis (sekitar AS$277 juta) dalam tempoh dua bulan setengah.  

“Hanya 20 hingga 25 peratus daripada ekonomi beroperasi… Tidak semua sektor beroperasi pada ketika ini,” kata Meraj.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa akan memperkenalkan cukai Islam baharu untuk membiayai projek bantuan untuk orang miskin dan anak yatim. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button