Berita UtamaDunia

Biadab! Peneroka haram Israel serang kenderaan Palestin dengan batu

Tindakan sebabkan kerosakan malah turut akibatkan kecederaan

TEBING BARAT, 17 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Penduduk negara haram Israel menyerang kenderaan Palestin berhampiran pusat pemeriksaan tentera Za’atara serta di jalan pintasan 60 ke timur Hebron menggunakan batu.

Ghassan Daghlas, yang memantau aktiviti penempatan Israel di utara Tebing Barat berkata, sekumpulan peneroka haram berkumpul berhampiran pusat pemeriksaan Za’atara dan membaling batu ke arah kenderaan Palestin.

Tindakan itu menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa kereta malah kecederaan turut dilaporkan.

Memetik laporan agensi berita Palestin Wafa, gesaan dilaporkan dibuat oleh peneroka fanatik meminta pengikut mereka untuk berkumpul di jalan raya antara bandar-bandar Palestin dan memintas serta menyerang kenderaan Palestin.

Ia susulan kematian seorang peneroka haram Israel di Baitulmaqdis, semalam.

Polis Israel mendakwa, seorang penduduk Palestin dari kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis yang diduduki melepaskan tembakan ke atas warga Israel, membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Berikutan serangan itu, polis Israel melepaskan tembakan dan membunuh lelaki terbabit.

Pusat maklumat hak asasi manusia Israel di wilayah yang diduduki, B’Tselem berkata, keganasan peneroka terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah rutin di Tebing Barat dan jarang didakwa oleh pihak berkuasa Israel.

“Keganasan peneroka telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Palestin di bawah pendudukan.

“Pasukan keselamatan Israel membolehkan tindakan ini, yang mengakibatkan rakyat Palestin terkorban – kecederaan dan kematian – serta kerosakan kepada tanah dan harta benda. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button