COVID-19: Kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat
Kebanyakan kes warga emas dijangkiti melalui kontak rapat

BANGI, 17 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.
Memberi amaran itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.
“Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak.
“Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, hari ini.
Berdasarkan data dikongsi COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431 (7.9 peratus).
Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 541.
Kes di ICU membabitkan 274 (0.4 peratus) pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dan 267 (0.4 peratus) lagi memerlukan mesin ventilator.