Berita UtamaDunia

Pertahanan udara Arab Saudi musnahkan dron sasar lapangan terbang

Serpihan dron bertaburan di kawasan perumahan, tiada kecederaan dilapor

RIYADH, 17 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Pertahanan udara Arab Saudi memusnahkan sebuah dron yang menyasarkan lapangan terbang Najran di selatan negara ini, lapor media kerajaan.

Gabungan diketuai Arab Saudi yang memerangi pergerakan Houthi – disokong Iran di Yaman – berkata dron itu dilancarkan dari lapangan terbang Sanaa pada Ahad.

Serpihan dron yang musnah bertaburan di kawasan perumahan tetapi tiada kecederaan dilaporkan, kata TV kerajaan Saudi.

Percubaan serangan itu berlaku sehari selepas pergerakan Houthi Yaman melancarkan 14 serangan dron di beberapa bandar Saudi, termasuk di kemudahan Saudi Aramco di Jeddah.

Gabungan itu berkata, ia melancarkan 13 serangan balas terhadap gerakan Houthi di Yaman pada hari Sabtu.

Operasi itu mengenai depoh senjata, sistem pertahanan udara dan sistem komunikasi dron di wilayah Sanaa, Saada serta Marib, kata gabungan itu.

Pada Jumaat lalu, pakatan turut memusnahkan tiga dron yang dilancarkan ke arah selatan Arab Saudi dan yang keempat di Yaman. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button