Berita UtamaDunia

6 maut, 11 cedera feri terbalik di Sri Lanka

Beberapa murid sekolah turut dilapor hilang

COLOMBO, 18 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Enam termasuk empat murid sekolah terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas feri yang mereka naiki terbalik di Kinniya, timur Sri Lanka pada Selasa pagi, kata polis.

Beberapa penyelam tentera laut turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Saksi kejadian memberitahu Xinhua beberapa sukarelawan tempatan turut membantu tentera laut mencari mangsa yang hilang.

Beberapa murid sekolah turut dilaporkan hilang manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

Polis berkata, feri itu terbalik akibat muatan berlebihan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button