Pendapat

Kes cabar keabsahan, kedudukan vernakular diperdengar hari ini

Usaha ubah negara ke arah sistem satu aliran melalui Perlembagaan Persekutuan

HARI ini merupakan hari pendengaran bagi Kes Mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan di mana saya sendiri sebagai salah seorang plaintif bagi pihak Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) yang merupakan wakil dari gabungan besar PEMBELA.

Selain ISMA, yang dihantar sebagai ‘plaintif’ secara rasmi adalah GPMS, MAPPIM dan GAPENA.

Kita semua dalam pasukan yang sama, bersama barisan para peguam seperti Tuan Haniff Khatri, Tuan Rahim Sinwan, Tuan Aidil Khalid, Tuan Khairul Azam (Buzze Azam), Datuk Zainul Rijal, dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kita akan berhadapan dengan nama-nama besar dari parti MCA, MIC, GERAKAN, Dong Zong, Hua Zong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan beberapa lagi.

Ini adalah usaha kita untuk mengubah negara ke arah sistem satu aliran melalui undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Mohon doakan kami dan barisan peguam dalam kes ini, demi kemakmuran dan masa depan negara Malaysia yang tercinta.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
23 November 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button