Berita Utama

Mayat bayi perempuan ditemui di batas sawah

Organ dalaman mayat didapati hancur

BAGAN SERAI, 18 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan membengkak dan membusuk di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata, mayat bayi yang tidak berbaju dan dianggarkan berusia sembilan bulan itu, ditemukan seorang pesawah lelaki yang juga pemilik tanah tersebut pada jam 8.30 pagi.

Katanya, polis tidak menemukan sebarang dokumen atau kain balutan di lokasi kejadian dan organ dalaman mayat itu didapati telah hancur.

‚ÄúSetakat ini punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mazuki berkata, kali terakhir pemilik tanah itu melalui kawasan berkenaan ialah sekitar jam 4.30 petang kelmarin untuk menjalankan kerja-kerja membaja, namun tidak terlihat mayat tersebut.

Mayat itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuang mayat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button