Berita Utama

Polis tahan 2 ‘marshal’ hentikan lalu lintas awam untuk konvoi

Manakala 4 lagi individu masih diburu pihak berkuasa

PORT DICKSON, 18 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam rakaman tular aksi ‘marshal’ motosikal berkuasa tinggi yang membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 26 dan 27 tahun masih bujang dan bekerja sebagai pembantu firma guaman serta penyelia kilang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka ditahan pada jam 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di kawasan Port Dickson dan Springhill Lukut.

“Turut disita dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan dan semasa rakaman di buat.

“Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, polis juga dalam usaha mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai ‘marshal’ dalam kes itu.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 10 saat menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button