Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

‘Boleh terima syor Bumiputera DAP tapi dengan syarat…’

Perlu setuju tolak sistem vernakular, terima sekolah kebangsaan

BANGI, 19 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Cadangan DAP yang mahukan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu boleh dilaksanakan, sekiranya parti tamak haloba itu menerima dan akur dengan beberapa syarat.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, cadangan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming itu boleh dipertimbangkan jika parti itu boleh berikrar untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Beliau juga mahu semua bangsa di negara ini fasih bertutur dan menulis menggunakan bahasa Melayu, selari dengan tuntutan Kor Ming yang mahukan status semua rakyat sebagai Bumiputera.

Selain itu, katanya, kaum lain juga perlu mengakui dan menerima bahawa agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Bersetuju juga untuk menyatukan sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan menolak sistem vernakular.

“Bersetuju untuk mengharamkan iklan pekerjaan yang meletakkan kriteria boleh berbahasa Mandarin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Kor Ming agar semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera dan kerajaan tidak patut atau tidak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta kemajuan negara.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim berkata, semua pihak tidak perlu membuang masa berbincang mengenai isu berkenaan.

“DAP sekali lagi melupakan sejarah pembentukan negara ini yang tidak akan berubah.¬†

“Ia adalah sebahagian dari sejarah yang dipateri kemas menjadi identiti negara. Malaysia mempunyai identitinya tersendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button