Berita Utama

Harga runcit RON97 turun 3 sen

RON95, diesel masih kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter

BANGI, 19 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 turun 3 sen daripada RM3.08 kepada RM3.05 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit produk petroleum itu berkuat kuasa bagi tempoh 25 November sehingga 1 Disember 2021.

Penetapan itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), katanya.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button