Berita Utama

Syor status Bumiputera DAP melampau, diberi betis nak peha!

Hapus dulu vernakular, Dong Zong selari dasar perpaduan

BANGI, 19 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Sudah diberi betis, nak peha pula! Demikian luahan rasa rata-rata pengguna media sosial yang mengecam cadangan parti tamak haloba, DAP supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu.

Ini selepas Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming mencadangkan agar semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera dan kerajaan tidak patut atau tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Kor Ming berkata, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta menggalakkan kemajuan negara.

Syor bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mencetuskan kemarahan kebanyakan netizen yang menyifatkan cadangan itu melampau, selain mempunyai unsur cubaan menghapuskan ketuanan Melayu di negara ini.

“Cara halus nak hapuskan ketuanan Melayu. Jenis bangsa tak kenang diuntung,” kata Ryan Daniel.

“Jangan dilayan mereka ni. Cakap bahasa Melayu pun tak fasih nak jadi Bumiputera konon,” tulis Mohd Noor.

Sebahagian netizen juga berpendapat bahawa jika kaum lain mahukan status Bumiputera, kerajaan juga perlu menghapuskan sekolah vernakular dan memansuhkan Dong Zong supaya selaras dengan ‘dasar perpaduan’ yang dinyatakan Kor Ming.

“Jika nak jadi Bumiputera, pastikan vernakular dan Dong Zong mansuh. Ini baru betul selaras dasar perpaduan,” kata Abdul Hadi.

“Sekarang ramai sangat dari SJKC yang tak tahu cakap dan faham bahasa Melayu. Ada hati nak tuntut taraf Bumiputera,” kata Murhatt Murhatt.

Ini bukanlah kali pertama pembangkang menerusi parti-parti Pakatan Harapan menyuarakan cadangan berkaitan status Bumiputera.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR, Hassan Abdul Karim turut mencadangkan supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula, kononnya mendakwa kek ekonomi negara tidak adil kerana meminggirkan masyarakat Cina dan India.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button