Berita Utama

82.8 peratus populasi remaja negara lengkap vaksin

2,762,739 individu golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button