Berita UtamaDunia

Delegasi Iran kunjungi Afghanistan bincang projek landasan kereta api

Rundingan dibuat bersama syarikat yang siapkan projek fasa ke empat

TEHRAN, 20 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Delegasi Iran akan mengunjungi Afghanistan minggu depan bagi membincangkan persiapan fasa baharu berhubung projek landasan kereta api.

Ketua Perhubungan Luar Wilayah Herat, Maulvi Sher Ahmad Ammar mengumumkan perkara itu sambil menyatakan delegasi berkenaan akan membincangkan pelbagai topik termasuk landasan kereta api yang menghubungkan Iran ke Afghanistan.

Katanya, rundingan berkenaan turut membincangkan stesen kereta api baharu dan pelbagai masalah dengan fasa ketiga projek landasan berkenaan.

Terdahulu, Maulvi memberitahu, rundingan telah dibuat bersama syarikat yang menyiapkan fasa ke empat berhubung kerja-kerja landasan antara Khaf di Iran dan Herat, Afghanistan.

Fasa baharu berkenaan sepatutnya menghubungkan stesen kereta apai Rozanak di daerah Ghoryan, sebuah kompleks industry di Herat, Afghanistan.

Bulan lalu Iran dan Taliban telah mengadakan rudingan di Kabul dan berjaya mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button