Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

MUIS sahkan kek bulan berlogo halal sebuah syarikat ada DNA babi

Tarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia, bekukan permohonan baharu

KOTA KINABALU, 20 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Produk makanan kek bulan keluaran sebuah syarikat didapati tidak halal kerana terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.

Perkara itu disahkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi keputusan ujian makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 1 November, yang menemukan DNA haiwan – babi pada sampel kuih bulan keluaran syarikat berkenaan.

Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali berkata, pihaknya menerima laporan secara bertulis pada 16 November lalu daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memanggiL syarikat ITU datang ke Pejabat MUIS pada 19 November bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kami dapati bahawa sijil halal syarikat itu telah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesilapan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

MUIS berpandangan, syarikat berkenaan telah melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dkeluarkan oleh syarikat itu.

“Justeru, MUIS telah mengambil tindakan dengan membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ini.

“Dengan penarikan balik SPHM ini, syarikat ini adalah dilarang sama sekali mengunakan SPHM dan logo Halal Malaysia untuk sebarang tujuan perniagaan, publisiti atau lain-lain di dalam atau di luar premis atas nama syarikat ini.

“Pihak MUIS juga menasihatkan semua pihak yang mengunakan sijil dan logo halal Malaysia supaya menjaga kepentingan serta sensitiviti masyarakat Islam dalam memastikan makanan, produk atau barang gunaan yang dikeluarkan sentiasa patuh syariah,” katanya.

Sebelum ini, terdapat aduan mengenai isu halal bagi kuih bulan keluaran syarikat itu pada 16 September lalu dan disusuli pemeriksaan JHEAINS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah pada 23 September.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button