Dunia

Hong Kong kesan varian COVID-19 baharu, temui 6 kes import

Varian mutan B.1.1.529 lebih mudah berjangkit

MOSCOW, 21 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Varian mutan COVID-19 baharu dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan, dikenalpasti pada dua pelancong di Hotel Lapangan Terbang Regal di Hong Kong, lapor Sputnik.

Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong berkata analisis genetik lanjut mengesan varian mutan COVID-19 baharu B.1.1.529 pada dua pesakit itu, lapor akhbar Hong Kong Standard pada Khamis.

Pusat itu mengatakan urutan gen varian itu serupa dengan yang ditemui di Afrika Selatan dan Botswana, dan mencadangkan bahawa kes indeks ialah lelaki berusia 36 tahun yang tiba di Hong Kong dari Afrika Selatan.

Pusat itu turut melaporkan enam kes import, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, dua lelaki dan tiga wanita berumur antara 17 hingga 45 tahun, menurut laporan Standard. Selain bayi berkenaan, lima pesakit itu sudahpun menerima vaksin COVID-19 lengkap sebelum ini.

Pada awal November, pihak berkuasa kesihatan melaporkan jangkitan pertama strain delta plus COVID-19 di Hong Kong yang dikenali sebagai AY.4.2. Pakar memberi amaran kemungkinan ia lebih mudah tersebar berbanding varian asal. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button