Berita Utama

Talian Bantuan Prihatin Rakyat kembali beroperasi

Setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi sampai 5 petang

CYBERJAYA, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 kembali beroperasi mulai hari ini setelah ditutup sementara sejak Isnin lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata talian berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Sebagai alternatif bagi mendapatkan penjelasan berkenaan BPR selain menghubungi talian berkenaan, orang ramai turut boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Januari lepas hingga 15 Februari ini dan dijangka memanfaatkan 8.1 juta penerima membabitkan peruntukan RM6.5 bilion. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button