Berita Utama

BN tak bertanding PRN Sarawak

Tak akan saingi GPS yang disokong kuat rakyat Sarawak

BANGI, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Barisan Nasional (BN) dilihat senada dengan Bersatu untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.

Menjelaskan keputusan itu Tan Sri Annuar Musa berkata, BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.

“Kita sudah ada GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.

“Jadi tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya, ” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan perkara itu bukti muafakat dan kerjasama antara BN dengan pimpinan GPS di Sarawak.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Sarawak.

Sebaliknya kata beliau, Bersatu akan membantu GPS dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button