Berita UtamaDunia

3,600 pelajar Afghanistan duduki ujian masuk Yayasan Turki

Kurikulum sekolah diubah, tutup beberapa jabatan tanda hormat pimpinan Taliban

KABUL, 22 Rabiulakhir 1443H, SabtuKira-kira 3,600 pelajar Afghanistan termasuk pelajar kanak-kanak bawah gred 7 menduduki ujian kemasukan ke Yayasan Turki yang mengendalikan beberapa sekolah di negara itu.

Ahli Majlis Pendidikan Kedutaan Turki di Kabul, Changez Idmir berkata, pihaknya mahu anak-anak Afghanistan termasuk pelajar perempuan menjadi individu berpendidikan.

“Ini adalah hasrat Presiden dan kerajaan kami kepada rakyat Afghanistan,” katanya.

Walaupun berdepan tekanan daripada dunia yang semakin meningkat, Kerajaan Emiriah Islam Afghanistan (IEA) berkata, pihaknya akan membenarkan pelajar perempuan yang lebih berusia untuk menyambung semula kelas pembelajaran.

Namun dengan syarat mereka perlu patuh dengan peraturan baharu yang akan dikuat kuasakan.

Secara tidak rasmi, kelihatan lebih ramai pelajar perempuan kembali menyambung pembelajaran mereka ketika IEA masih lagi menyiapkan peraturan baharu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pendidikan Kabul, Ehsan Khateb menzahirkan rasa syukur dan terima kasih dengan kerajaan Turki yang menyediakan peluang pendidikan kepada anak bangsanya sendirinya.

Bagaimanapun sekolah-sekolah Afghanistan Turki telah membuat perubahan terhadap kurikulum sekolah dengan menutup beberapa jabatan dalam pendidikan sekolah berkenaan.

Ketua Yayasan Pendidikan Turki, Salleh Saghar berkata, Jabatan Muzik, Teater dan Tarian telah dikeluarkan daripada kurikulum Pendidikan berkenaan dan tindakan itu dilakukan sebagai menghormati keputusan kerajaan IEA.

Sekolah Afghanistan Turki merupakan antara sekolah terbaik dan syarat kemasukan sangat kompetetif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button