Berita UtamaDunia

Lubnan lancar 30 roket serang Israel

Tindak balas terhadap serbuan rejim pengganas di Masjid al-Aqsa

BEIRUT, 16 Ramadan 1444H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 30 roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke wilayah yang diduduki Israel, sebagai tindakan balas terhadap serbuan tentera pengganas Israel di Masjid al-Aqsa.

Menurut penyiar awam Israel KAN, peluru itu melanda kawasan Barat dan Galilee Atas di bahagian utara wilayah itu, dengan beberapa daripadanya menyebabkan kecederaan dan kerosakan.

Tentera Israel berkata, pihaknya telah mengenal pasti 34 roket yang dilepaskan dari wilayah Lubnan ke wilayah Israel.

Laporan media Lubnan berkata, artileri Israel menyasarkan bandar al-Qalila dan al-Maaliya serta wilayah Zabqin di selatan Lubnan.

Sumber Lubnan juga melaporkan penerbangan dron pengintip Israel pada ketinggian rendah di selatan Lubnan.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa Kabinet keselamatan peringkat tinggi akan bersidang malam ini berikutan serangan roket dari Lubnan.

Pertemuan itu akan diadakan selepas penilaian Netanyahu dijangka dengan pegawai tinggi tentera rejim itu.

Kabinet sudah hampir dua bulan tidak bermesyuarat.

Serangan itu menandakan jumlah roket terbesar yang dilepaskan dari Lubnan sejak perang 33 hari pada 2006 antara gerakan penentangan Hizbullah Lubnan dan Israel, di mana ribuan roket dilancarkan di tanah yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button