Berita Utama

Umum pengganti Rafiq masa terdekat

Mungkin ada rombakan susulan pasca PRN Melaka

MUAR, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Pengumuman jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu yang baharu akan dibuat dalam masa terdekat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu turut melibatkan rombakan dalam Badan Pimpinan Negeri Melaka susulan peletakan jawatan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen pada Jumaat.

“Nanti saya akan putuskan siapa yang bakal mengganti ataupun rombakan lain dalam tempoh beberapa hari kehadapan.

“Tindakan yang diambil oleh Rafiq ini sebagai langkah terhormat selain memudahkan rombakan BPN dapat dibuat susulan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya.

Semalam, Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden Bersatu mengumumkan peletakan kedua-dua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Surat rasmi peletakan jawatannya diserahkan kepada Pengerusi PN.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu bagi memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa mencukupi bagi membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Langkah tersebut juga membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang PRU15.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button