Berita UtamaDunia

Zionis letak unit komando khas di Semenanjung Gaza secara rahsia

Lakukan operasi besar-besaran jika berlaku pertempuran

GAZA, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Rejim negara haram Israel menempatkan berapa komandor khas yang terbabit dengan unit peperangan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Pendedahan dibuat selepas tentera Zionis memberi penghargaan kepada kumpulan komando yang menjalankan operasi secara rahsia, sejak Mei lalu.

Ketua tentera, Aviv Kochavi berkata, pasukan komando tidak didedahkan kepada umum dan melakukan operasi dan kawalan secara rahsia di beberapa penempatan di Gaza.

“Kesemua komando terlibat dengan perang sekiranya berlaku pertempuran di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber tentera memaklumkan, pasukan komando mengawal operasi yang berbeza dengan operasi biasa selain berdepan berisiko dengan beberapa unit lain sepanjang mengawal Gaza.

“Ini adalah unit yang tidak didedahkan dan menjalankan operasi secara besar-besar secara rahsia di Gaza semasa perang lalu,” kata Kochavi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button