Artikel Khas

RM15 juta SMPC: Ini bukti kerajaan tak serius tolak UEC

Tidak adil, seolah-olah lebih pentingkan survival politik

TULAR lagi berita kelulusan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina oleh Kementerian Kewangan. Perkara ini juga telah diakui oleh Timbalan Menteri Pendidikan sendiri, Mah Hang Soon yang merupakan wakil MCA dalam kerajaan.

Perkaitan rapat antara MCA dengan Dong Zong, persatuan yang mengelola sekolah persendirian ini tidaklah asing lagi malah mereka seperti bangga menguar-uarkan tindakan mereka yang tidak tahu malu ini.

Kita tertanya-tanya dan merasa gusar tentang justifikasi dan logik apakah yang dipakai dalam meluluskan peruntukan ini? Di manakah prioriti kerajaan di fasa yang menyukarkan ini untuk memenuhi keperluan pihak yang lebih berhak?

Sekolah Menengah Persendirian Cina ini bukanlah diiktiraf sebagai sistem pendidikan nasional malah peruntukan kerajaan yang diberikan sememangnya boleh dipersoalkan kerana telah melanggar kandungan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bibit-bibit ketidakadilan dalam pembahagian peruntukan kerajaan yang telah berlaku sekian lama sejak penubuhan sekolah vernakular dan kemudiannya kini secara membuta tulinya diteruskan lagi untuk sekolah swasta pula.

Apakah kerajaan ini kerajaan bacul dan lembik? Ukuran dan definisi keadilan yang manakah kerajaan sekarang gunakan? Adakah yang akan hanya menguntungkan survival politik dan kedudukan masing-masing sahaja?

Sungguh tidak masuk akal.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button