Dunia

Varian Omicron: Turki bawa keluar 41 rakyat dari Afrika Selatan

Merupakan penerbangan terakhir dari Afrika Selatan ke Turki

JOHANNESBURG, 23 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Turki pada Sabtu membawa keluar rakyatnya dari Afrika Selatan menerusi penerbangan Turkish Airlines, berikutan penularan varian baharu COVID-19, Omicron.

Seramai 41 penumpang dibawa keluar dari dua bandar terbesar di Afrika Selatan iaitu Cape Town dan Johannesburg, diterbangkan ke Istanbul, kata seorang pegawai syarikat penerbangan kepada Agensi Anadolu.

Mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari tanpa mengira status vaksinasi.

Kedutaan Turki di Pretoria menerusi Twitter memaklumkan penerbangan Turkish Airlines itu adalah penerbangan terakhir dari Afrika Selatan ke Turki sehingga diberitahu kelak.

Turki pada Jumaat mengumumkan mengenakan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe mulai 27 November susulan varian Omicron. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button