Berita UtamaDunia

Presiden Israel ceroboh Masjid Ibrahim rai perayaan Yahudi

Tentera tutup pintu masjid halang penduduk Palestin buat bantahan

TEBING BARAT, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Presiden negara haram Israel, Isaac Herzog menceroboh masuk Masjid Ibrahim di bandar Hebron yang diduduki selatan Tebing Barat.

Herzog dilaporkan menyalakan lilin pertama perayaan Hanukkah Yahudi di Masjid Ibrahim diiringi pemimpin peneroka dan ahli Knesset.

Pencerobohan itu dilakukan di tengah-tengah langkah ketenteraan yang ketat – dilihat sebagai pengisytiharan yang terang dan jelas mengenai penajaannya terhadap rancangan dan sokongan peneroka terhadap jenayah mereka ke atas rakyat Palestin.

Tentera negara penjajah Israel menutup pintu masjid dan menghalang penduduk Palestin yang berkumpul untuk mengutuk lawatan itu daripada bersolat atau berada berhampiran persekitarannya.

Bahkan tentera negara pengganas turut menyerang penduduk sehingga mencetuskan ketegangan.

Tentera Israel terus memaksa pemilik kedai untuk menutup kedai mereka, menghalang pekerja akhbar dan menyerang beberapa antara mereka dalam usaha menghalang daripada membongkarkan pencerobohan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button