Berita Utama

DAP, Sha Dong Zong hina titah Sultan Pahang perkasakan Jawi

Kerajaan digesa hentikan peruntukan kepada sekolah vernakular

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Tindakan pihak tertentu yang dilihat cuba memperbesar-besarkan isu beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan aliran Cina di Pahang yang menerima papan tanda nama tanpa tulisan Cina amat menghairankan.

Lebih pelik ada yang menggunakan alasan bahawa pelbagai lembaga sekolah memiliki sekolah rendah Cina masing-masing, justeru tindakan sedemikian akan dikutuk pihak berkenaan.

Atas dasar itu, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari menggesa, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghentikan segala bentuk bantuan, dana dan peruntukan kepada sekolah vernakular ini.

Beliau menyifatkan, tindakan parti politik serta persatuan lembaga pengurusan sekolah Cina berhubung perkara ini amat biadab dan tidak boleh dimaafkan.

Malahan, ia seperti menghina titah Sultan Pahang dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Mengangkat seruan dan saranan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang mahu tulisan Jawi terus diperkasa di Pahang sekali gus dipandang hina oleh NGO rasis Dong Zong dan DAP.

“Malah lebih teruk apabila campur tangan Timbalan Menteri Pendidikan MCA,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak (Sha Dong Zong) mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang.

Sha Dong Zong dilaporkan berkata, papan tanda itu hanya memaparkan nama sekolah masing-masing dalam bahasa Malaysia dan Jawi.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap JPN Pahang berhubung perkara sama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button