Berita Utama

Isu papan tanda Jawi di SJKC: Dong Zong Sarawak kecam pihak berkuasa

Dakwa hilang identiti bila papan tanda sekolah Cina tiada tulisan Cina

BANGI, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Selepas pemimpin parti tamak haloba DAP, Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak (Sha Dong Zong) pula mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang.

Memetik Borneo Post, Sha Dong Zong dilaporkan berkata, papan tanda itu hanya memaparkan nama sekolah masing-masing dalam Bahasa Malaysia dan Jawi.

“Tiada tulisan Cina pada papan tanda sekolah, yang amat kami bimbangi. Kami menganggap ini sebagai tanda kemarahan pihak berkuasa dan kami membantahnya.

“Kami menuntut Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan negeri Pahang mengambil tindakan segera untuk membetulkan papan tanda sekolah,” katanya.

Sha Dong Zong mendakwa, papan tanda menandakan identiti tradisi Cina.

Jelasnya, papan tanda sekolah Cina tanpa tulisan Cina padanya menunjukkan kehilangan identiti.

“Hak kita untuk belajar dan menggunakan bahasa ibunda termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dan insiden karakter Cina yang hilang dari papan tanda sekolah Cina ini sekali lagi menunjukkan bahawa pihak berkuasa mengabaikan hak asasi pendidikan Cina, dengan itu mewujudkan percanggahan pendapat dan ketidakpercayaan di kalangan kaum yang berbeza,” katanya.

Sha Dong Zong mengingatkan pihak berkuasa bahawa sekolah rendah Cina diuruskan oleh lembaga sekolah masing-masing seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Ia menegaskan bahawa pelbagai lembaga sekolah memiliki sekolah rendah Cina masing-masing.

“Sebarang tindakan, dasar atau rancangan yang harus mengubah sifat sekolah rendah Cina atau menjejaskan kepentingan sekolah ini akan dikutuk oleh lembaga sekolah mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Sha Dong Zong menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak supaya lebih peka dalam melaksanakan dasar di negeri itu bagi menghormati hak semua sekolah dan mengelak insiden sama berlaku di Sarawak.

Ia juga merayu kepada pemimpin Cina di negara ini untuk memainkan peranan mereka dalam mempertahankan hak masyarakat terhadap pendidikan Cina.

“Pemimpin Cina kita perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada hal ehwal semasa dan pembangunan negara, sentiasa berwaspada untuk menjauhkan ekstremisme dan ketaksuban demi melindungi sekolah rendah Cina,” katanya.

Pautan berkaitan:
https://ismaweb.net/2021/11/28/tak-hormat-masyarakat-cina-2-pemimpin-dap-bidas-isu-papan-tanda/
https://ismaweb.net/2021/11/28/adun-dap-bidas-papan-tanda-jawi-di-sjkc-tuntut-diturunkan/
https://ismaweb.net/2021/11/27/selain-jawi-hang-soon-arah-tambah-tulisan-cina-dan-tamil-pada-papan-tanda-sjk/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button