Dunia

Jepun mungkin adakan pilihan raya tahun ini

Tempoh pemerintahan LDP diketuai Yoshihide Suga berakhir Oktober

TOKYO, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Jepun berkemungkinan boleh mengadakan pilihan raya tahun ini, menurut Perdana Menteri, Yoshihide Suga. 

Bagaimanapun, Suga berkata, pilihan raya hanya akan berlaku setelah wabak pandemik COVID-19 di negara itu dapat ditangani. 

“Tentu saja, ada kemungkinan (pilihan raya tahun ini),” katanya dalam satu wawancara pada Selasa. 

Setakat ini, Jepun melaporkan 487,545 kes COVID-19 termasuk 9,249 kematian sejak wabak merebak. 

Negara matahari terbit itu melancarkan kempen vaksinasi pada awal Mac lalu. 

Tempoh empat tahun pemerintahan semasa yang diketuai Parti Liberal Demokratik (LDP) berakhir pada Oktober tahun ini. 

Tempoh Suga sebagai pemimpin parti LDP juga berakhir pada 30 September.

Suga dipilih menjadi Perdana Menteri setelah penyandang terdahulu, Shinzo Abe mengundurkan diri atas faktor kesihatan. 

Pemerintah LDP berdepan kritikan rakyat ekoran tindakannya menangani pandemik di negara itu sehingga berlaku dua kali perintah darurat bagi membendung penyebaran jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button