Berita UtamaDunia

Kes disyaki Omicron dikesan di Switzerland

Libat seorang individu pulang dari Afrika Selatan

ZURICH, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Kes pertama kemungkinan varian Omicron COVID-19 dikesan di Switzerland.

Menerusi kenyataan di Twitter, Jabatan Kesihatan Awam Persekutuan berkata, ia membabitkan seorang individu yang pulang ke Switzerland dari Afrika Selatan kira-kira seminggu yang lalu.

Ujian akan menjelaskan keadaan dalam beberapa hari akan datang, katanya.

Switzerland telah mengarahkan pelancong dari 19 negara menunjukkan keputusan negatif apabila menaiki pesawat ke negara itu.

Bahkan mereka mesti menjalani kuarantin selama 10 hari ketika ketibaan.

Senarai itu termasuk Australia, Denmark, Britain, Republik Czech, Afrika Selatan dan negara haram Israel.

Pengundi Switzerland pada hari Ahad menyokong pelan tindak balas pandemik kerajaan dengan majoriti yang lebih besar daripada jangkaan dalam referendum.

Ia sekali gus membuka jalan bagi penerusan langkah luar biasa untuk membendung peningkatan kes COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button