Berita UtamaDunia
Pilihan raya tempatan Jordan Mac 2022
Anggota majlis perbandaran akan dipilih ketika pengundian

AMMAN, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Jordan akan mengadakan pilihan raya tempatan pada 22 Mac depan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Jordan, Jihad al-Momani berkata, anggota majlis perbandaran dan wilayah serta Perbandaran Besar Amman akan dipilih ketika pengundian.
Katanya, tarikh itu diputuskan selepas menyemak tempoh undang-undang untuk proses pilihan raya.
Beliau menegaskan, kesediaan suruhanjaya untuk menjalankan pilihan raya mengikut prinsip undang-undang serta dengan kerjasama rakan pemilih.
Pada bulan Mac, kerajaan Jordan memutuskan untuk membubarkan majlis tempatan, termasuk Perbandaran Besar Amman.
Pungutan suara tempatan terakhir kerajaan itu diadakan pada Ogos 2017. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.