Dunia

Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing

Sekatan akan mula dikuat kuasa pada hari Selasa

TOKYO, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua.

Kishida berkata keputusan itu dibuat untuk mengelak senario yang tidak diingini dan ia adalah langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh.

Sebelum ini, Jepun telah melarang kemasukan pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button