Pendapat

Apa agenda orang Islam Melayu sebenarnya?

Sepatutnya lepas merdeka guna tulisan Jawi tapi kita tak perjuangkan

1. ISU tulisan Jawi di beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina di Pahang yang hangat sekarang ini sama nampaknya seperti isu keabsahan sekolah vernakular, pengiktirafan UEC dan apa-apa isu yang berkait dengan budaya dan perjuangan kaum Cina di Malaysia. Ia menerima respon yang pantas dan bersepadu dari apa-apa juga pertubuhan Cina.

2. Dari segi plotnya pun lebih kurang sama…satu isu ditimbulkan oleh mana-mana badan atau tokoh Cina, ia kemudiannya disambut oleh parti-parti Cina sama ada dari blok kerajaan atau pembangkang dengan nada yang sama, kemudiannya berlaku tekanan kepada badan berkuasa yang dipegang oleh orang Melayu, kemudian keluar kenyataan balas oleh mana-mana menteri dari kaum Cina, kemudian disusuli dengan tindakan dari ahli politik Melayu yang tunduk dengan tekanan tersebut.

3. Akhirnya berlakulah normalisasi.

Sepatutnya selepas merdeka, kita semua menggunakan tulisan yang sama yang merupakan tulisan asal negara ini iaitu tulisan Jawi. Tapi kita tak perjuangkan tulisan Jawi itu.

Tekanan dari kaum Cina juga, akhirnya ahli politik Melayu meminggirkan tulisan Jawi dan mengangkat tulisan Rumi setinggi-tingginya. Hilanglah tulisan Jawi dari papan iklan, buku, majalah, label makanan dan sebagainya.

Cina mahu tulisan mereka dikekalkan di mana-mana dalam masyarakat mereka; sekolah, kedai dan lain-lain. Dan ini bukan agenda orang Melayu. Tapi orang Melayu juga yang membenarkan semua itu kemudiannya.

4. Akhirnya semua menerima tulisan Cina sebagai tulisan ‘rasmi’ negara ini. Diajar di sekolah secara rasmi. Digunakan untuk buku teks juga sudah macam secara rasmi. Sesetengah kedai menggunakan tulisan Cina juga secara rasmi seolah-olah satu Malaysia boleh baca dan kena baca tulisan Cina.

Sesiapa yang menulis seperti saya akan dianggap pelik dan tidak normal, bahkan akan dicop tidak mempunyai semangat kenegaraan. Dan di normalisasi tahap inilah kita telah sampai sekarang.

5. Jauh sekali untuk negara kita mencontohi Brunei; setiap papan tanda ada tulisan Jawi dan ianya mesti lebih besar dari tulisan Rumi. Apa yang membezakan Brunei dan Malaysia dalam isu tulisan Jawi ini? Mungkin kecintaan pemimpinnya kepada warisan bangsa tidak sama? Mungkin juga kadar ketundukan kepada agenda luar juga tidak sama? Atau mungkin kerana agenda orang Melayu Brunei dan Malaysia tidak sama. Entahlah.

6. Tapi isu tulisan Cina di papan tanda sekolah itu masih kecil lagi. Apa yang lebih membimbangkan nanti adalah isu keabsahan sekolah vernakular yang dijadualkan akan diputuskan oleh mahkamah pada 29 Disember nanti. Berdasarkan plot biasa yang sedia ada, keputusannya boleh dijangka.

Kita tidak putus harapan. Sebaliknya kita mengharapkan keajaiban berlaku. Melayu mesti bangkit menjadi bangsa beragenda. Kalau tak, sampai kiamatlah kita akan menuruti agenda Cina.

Wallahul Musta’an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button