Dunia

Singapura arah pekerja di pintu sempadan PCR cegah Omicron

Kru kapal dari negara terjejas juga perlu buat ujian

SINGAPURA, 25 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Singapura menguatkuasakan kembali pelaksanaan ujian saringan RT-PCR secara mingguan ke atas pekerja lapangan terbang dan anggota barisan hadapan di pintu sempadan negara itu.

Langkah yang dikuat kuasakan mulai 2 Disember  dibuat susulan kebimbangan terhadap risiko kemasukan varian Omicron, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.

MOH berkata, sempadan Singapura adalah garis pertahanan pertama terhadap varian import Omicron.

Atas sebab itu, pekerja lapangan terbang dikehendaki menjalani saringan menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART) sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada risiko mereka.

Pengerusi bersama pelbagai kementerian COVID-19, Lawrence Wong berkata, saringan PCR-RRT secara mingguan adalah langkah awal mengekang penularan varian itu.

“Pekerja barisan hadapan sempadan seperti di lapangan terbang, pusat pemeriksaan laut dan darat lain atau sesiapa sahaja yang bertugas di sempadan mungkin terdedah bersentuhan dengan pengembara,” katanya.

MOH berkata, kru kapal yang berkhidmat dengan penerbangan dari negara terjejas juga tertakluk kepada ujian PCR ketika ketibaan, hari ketiga dan ketujuh selepas setiap tugas penerbangan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button