Pendapat

Tertuduh kes Rider FoodPanda 1.0 selesai dan dilepaskan

Alhamdulillah! PEMBELA berterima kasih kepada semua terlibat

ALHAMDULILLAH, mahkamah hari ini menetapkan bahawa mereka yang tertuduh dalam kes Rider FoodPanda 1.0 (dianiaya dituduh merusuh selepas membantu rakannya yang dikasari) telah selesai dan dilepaskan.

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam diketuai oleh Datuk Zainul Rijal (Timbalan Pengerusi PEMBELA) dan Tuan Hisham Marzuki (Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia) yang bertungkus-lumus berjuang dalam kes ini secara percuma.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan NGO dalam rangkaian PEMBELA yang memberikan sokongan moral padu kepada tertuduh dan para peguam yang akhirnya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sama-sama bersuara.

Terima kasih individu-individu yang berhati mulia yang telah menghulurkan segala bentuk bantuan yang sangat berharga buat adik-adik Rider ini, sehingga ke akhir kes.

Terima kasih kepada pihak polis, terutamanya IPD Petaling Jaya atas layanan, kerjasama dan komunikasi yang baik dengan pihak kami sepanjang kes ini berlangsung.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
30 November 2021

#KesFoodPandaTeraniaya
#MembelaAgamaBangsaTanahAir

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button