Berita Utama

Isu papan tanda Jawi di SJKC: Sila patuh, ini Tanah Melayu

Negeri lain wajar jadikan Pahang contoh perkasakan tulisan Jawi

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 26 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Tindakan pemimpin parti tamak haloba mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang sangat tidak munasabah.

Hanya kerana papan tanda itu memaparkan nama sekolah masing-masing dalam bahasa Malaysia dan Jawi, mereka terus mengamuk.

“Pelik. Inikan Tanah Melayu dan termaktub dalam Perlembagaan bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan.

“Penggunaan tulisan Jawi adalah selari dengan pentadbiran negara Islam. Jadi apa masalah mereka?

Demikian tempelak Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP yang tidak berpuas hati apabila papan tanda baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pahang tiada tulisan Cina.

Difahamkan, papan tanda sekolah yang baru dibuat selepas Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.

Datuk Sirajuddin berkata, adalah tidak relevan untuk memasukkan aksara Cina sedangkan pentadbiran utama di negara ini adalah Melayu.

“Cuba kita berada India tapi mahu kekalkan tulisan Melayu di negara mereka, pastinya tindakan itu bukan sesuatu yang relevan, begitu juga dengan isu ini, sangat tidak munasabah.

“Sekiranya mahu tulis dan kembangkan tulisan mereka, sila pulang semula ke tanah air mereka dan gunalah seperti yang diidamkan,” katanya.

Malah beliau turut menzahirkan rasa kagum dengan tindakan Pahang yang mewajibkan tulisan Jawi di setiap papan tanda negeri itu, yang dilihat sebagai usaha memperkasakan semula tulisan Jawi.

“Ini yang perlu dicontohi semua negeri dan di peringkat Pusat selari sebagai Malaysia sebagai sebuah pentadbiran Islam,” katanya.

Pautan berkaitan:

Isu papan tanda Jawi di SJKC: Dong Zong Sarawak kecam pihak berkuasa

Tak hormat masyarakat Cina, 2 pemimpin DAP bidas isu papan tanda

ADUN DAP bidas papan tanda Jawi di SJKC, tuntut diturunkan

Selain Jawi, Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button