Berita UtamaDunia

Qatar bantu bayar gaji penjawat awam Gaza

Beli bahan api dari Mesir antara mekanisme pembayaran gaji

GAZA, 26 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Gaji penjawat awam di Semenanjung Gaza akan dibayar bulan ini, selepas Mesir dan Qatar bersetuju dengan mekanisme pembayarannya, lapor Haaretz.

Menurut laporan itu, Qatar akan menyediakan peruntukan kewangan untuk pekerja pentadbiran Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas).

Mereka pula secara tidak langsung akan membeli bahan api dari Mesir, kata perjanjian baharu itu.

Bahan api akan dihantar kepada Hamas melalui persimpangan Rafah Mesir-Gaza, dan kemudian gerakan Islam itu akan menggunakan keuntungan penjualan bahan api untuk membayar gaji kakitangan awam. 

Jumlah pemberian gaji dianggarkan berjumlah $10 juta sebulan.

Qatar telah menyediakan ratusan juta dolar kepada Gaza dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kira-kira $30 juta sebulan sejak Great March of Return 2018. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button