Berita UtamaDunia

Seorang lagi rakyat Palestin ditembak mati pengganas Israel

Remaja 16 tahun mangsa keempat terkorban awal tahun ini

NABLUS, 12 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera rejim pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis.

“Amer Abu Zeitoun, ditembak di kepala oleh tentera Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Kematian remaja berusia 16 tahun itu berlaku sehari selepas pembunuhan Adam Essam Ayyad, 15, yang ditembak di dada dengan peluru hidup di kem pelarian Dheisheh, selatan Bethlehem.

Pembunuhan Amer di bandar Nablus menandakan rakyat Palestin keempat dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat sejak awal tahun ini.

Pada 2 Januari lalu, Mohammed Samar Khoshiyeh, 22, dan Fouad Mohammed Abed, 25, turut dibunuh oleh tentera Israel selepas ditembak peluru hidup dalam serbuan di bandar Kafr Dan, Jenin.

Media Palestin melaporkan askar Israel telah menyerbu kem pelarian Balata dengan tujuan untuk menangkap individu yang dikehendaki, yang membawa kepada bantahan daripada penduduk tempatan.

Menurut Haaretz, penduduk melaporkan tentera mengepung rumah tahanan keselamatan yang dibebaskan bernama Hassan Araishi selama kira-kira sejam, sebelum beredar selepas menangkapnya.

Sementara itu, kumpulan bersenjata Palestin, Lions Den berkata, pejuangnya terlibat dalam pertempuran malam di kem pelarian Balata, Nablus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button