Berita Utama

Bank komersial diseru tak ambil tindakan peniaga kecil gagal bayar pinjaman

Wajar mencontohi inisiatif institusi kewangan di bawah Medac

PUTRAJAYA, 28 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru bank komersial supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil dan penjaja yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Ismail Sabri berkata bank komersil wajar mencontohi inisiatif institusi kewangan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) seperti Bank Rakyat dan SME Bank yang tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu jika gagal membuat bayaran balik sehingga Jun 2022.

Beliau berkata institusi kewangan lain di bawah kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd juga diminta membuat pertimbangan sewajarnya kerana golongan peniaga mikro terkesan dan terbeban akibat pandemik COVID-19.

“Saya barharap bank lain juga dapat mengambil tindakan yang sama seperti dilakukan bank dan institusi kewangan di bawah Medac,” katanya ketika melancarkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil serta Program Transformasi Pasar Malam di sini hari ini.

Program berkembar itu bertujuan membantu peniaga kecil dan penjaja bangkit semula setelah hampir dua tahun bergelut akibat pandemik COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button