Berita UtamaDunia

EU tambah dana AS$367 juta kepada pelarian di Turki

Bantu ribuan keluarga yang terjejas teruk akibat pandemik

BRUSSEL, 28 Rabiulakhir 1443H, JumaatKesatuan Eropah (EU) memperuntukkan AS$367 juta sebagai tambahan dana kepada pelarian di Turki.

Dana melalui skim jaringan keselamatan sosial itu bakal digunakan kepada ribuan pelarian bagi membayar keperluan asas seperti sewa rumah, utiliti, makanan dan kos perubatan.

Pesuruhjaya Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcis ketika mengunjungi Ankara berkata, dana tambahan menjadi ‘talian hayat’ kepada ribuan keluarga yang kebanyakan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Bantuan tunai itu membolehkan mereka membeli keperluan harian sekali gus mampu menyumbang kepada pertambahan ekonomi Turki,” katanya yang menyifatkan program berkenaan sebagai pencapaian terbesar antara EU dan Turki.

Minggu lalu, Parlimen Eropah memberi lampu hijau dengan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak AS$149.6 juta bagi melanjutkan tempoh program berkenaan sehingga awal 2022.

Turki menjadi transit kepada pencari suaka yang ingin memasuki Eropah bagi memulakan kehidupan baharu terutama bagi mereka yang melarikan diri daripada peperangan dan penganiayaan.

Sehingga kini, Turki menjadi tuan rumah kepada lebih 4 juta pelarian daripada pelbagai negara dan sedang mengambil langkah keselamatan baharu di sempadan negara bagi menghalang kemasukan pendatang baru ke negaranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button