Berita UtamaDunia

UNAAM salur dana AS$16 juta kepada rakyat Afghanistan

Kali pertama diterima selepas Taliban ambil alih pentadbiran negara

KABUL, 28 Rabiulakhir 1443H, JumaatBank Pusat Afghanistan, De Afghanistan Bank menerima AS$16 juta, sebahagian daripada bantuan kemanusian kepada negaranya.

Menerusi kenyataan rasmi, dana berkenaan disalurkan oleh Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa kepada Afghanistan (UNAAM) untuk menguruskan perbelanjaan negara selain untuk bantuan kepada rakyat.

De Afghanistan Bank yang mempunyai kawalan terhadap sistem perbankan negara itu akan memindahkan sejumlah dana berkenaan ke bank antarabangsa Afghanistan dalam tempoh terdekat.

Bank Pusat juga turut memaklumkan operasi perbankan di negara itu bakal memulakan perkhidmatan seperti sedia kala dalam masa terdekat.

Bantuan yang diterima dilihat tepat pada masanya berikutaan sedang menghadapi krisis kewangan kritikal dan kemanusiaan akibat pengucupan nilai mata wang tempatan.

Pemberian dana dalam jumlah besar itu adalah kali pertama diterima sejak Taliban mengambil alih pentabiran negara, Ogos lalu selepas antarabangsa menghadkan penghantaran bantuan.

Terdahulu Bank Negara menyalurkan AS$280 juta bantuan kepada negara itu menerusi program Bantuan Makanan Sedunia (WFP) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button