Berita UtamaDunia

Zalim! Rejim haram tangkap 364 rakyat Palestin pada November tanpa kesalahan

Ada tahanan sehingga 11 tahun dalam penjara tanpa bicara

RAMALLAH, 28 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Kira-kira 364 rakyat Palestin termasuk 50 wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan apabila ditangkap rejim negara penjajah Israel tanpa alasan kukuh sepanjang November.

Menurut laporan bulanan Pusat Kajian Tahanan Palestin (PPCS), pencabulan terhadap rakyat Palestin semakin ketara bulan lalu terutama di kawasan Tebing Barat.

Memetik laporan Pusat Maklumat Palestin, sebanyak 130 penduduk ditahan di sekitar bandar al-Quds manakala 48 lagi ditahan di al-Khalil (Hebron), kawasan paling besar di Tebing Barat.

Malah, 10 nelayan yang tidak bersalah di luar Perairan Gaza juga turut menjadi mangsa sasaran pasukan keselamatan ganas, manakala dua lagi di tahan di Persimpangan Erez serta tiga lagi didakwa melanggar sempadan serta dua wartawan.

Bukan sekadar itu, pasukan tentera negara zalim itu sering membuat serbuan di Tebing Barat dan bandar al-Quds yang menyasarkan rakyat Palestin

Sehingga kini, kira-kira 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara negara Zionis dibawah penahanan pentadbiran yang hanya ditempatkan di penjara tanpa di bicarakan.

Malah, ada yang ditahan berlanjutan sehingga 11 tahun tanpa dibicara.

Tahanan hanya mampu melakukan mogok lapar secara terbuka bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Bahkan, puluhan Ahli Parlimen Palestin turut menjadi tahanan negara haram bersama 20 wartawan yang membuat liputan, dan kesemua mereka diletakkan di bawahan polisi tahanan yang sama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button