Artikel KhasBerita Utama

Judi: Contohi Kedah perkasa syariat Allah SWT meskipun dicaci

Tiba masa negeri-negeri lain kuat kuasa larangan sama

BANGI, 29 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Sudah sampai masa negeri-negeri lain mengikut jejak langkah Kedah dalam memperkasa syariat Allah SWT.

Sebelum ini, Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusan, itu dibuat bagi mengelak mudarat yang lebih besar kepada penduduk.

Biarpun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu, beliau tetap mempertahankan keputusannya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai menuruti perintah Allah SWT dan menunjukkan rasa syukurnya kepada nikmat yang dikurniakan kepada negeri ini.

Sehubungan itu, pemerhati politik, Ustaz Haji Omar Kassim menyarankan supaya negeri lain turut mengambil langkah ke hadapan seperti Kedah.

“Masanya untuk memperkasa syariat Allah.

“Walau bakal berdepan bantahan dan cacian, negeri-negeri lain perlu mengikut jejak langkah negeri Kedah yang tidak akan memberi kelulusan lesen premis perjudian, mengehadkan aktiviti penjualan arak berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button