Dunia

Kes ke-3 Omicron dikesan di India

Babit warganegara 72 tahun yang pulang dari Zimbabwe

NEW DELHI, 29 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – India melaporkan kes ketiga varian baharu COVID-19, Omicron hari ini, ketika kes jangkitan di negara itu hampir mencecah 35 juta orang.

Menurut jurucakap kerajaan negeri Gujarat, kes baharu itu membabitkan warganegara berusia 72 tahun yang tinggal di Zimbabwe selama beberapa dekad sebelum pulang ke India pada 28 November lalu.

Khamis lalu, Kementerian Kesihatan India mengenal pasti dua kes Omicron membabitkan pesakit lelaki berusia 66 dan 46 tahun, di negeri Karnataka.

Kes pertama membabitkan warga Afrika Selatan, manakala kes kedua adalah doktor tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan, baru-baru ini.

India melaporkan 8,603 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 34.6 juta dengan kematian sebanyak 470,530 kes.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi mengarahkan pegawai memberi tumpuan kepada negara yang dikenal pasti berisiko selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan varian baharu itu sebagai membimbangkan.

WHO memberitahu, Omicron yang mulanya dikesan di Afrika Selatan mungkin merebak lebih cepat daripada varian lain.

India menjangkakan varian Omicron menyebabkan gejala yang kurang teruk, ekoran peningkatan kadar vaksinasi dan pendedahan terhadap Delta yang menjangkiti hampir 70 peratus penduduknya pada Julai lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button