Berita Utama

Pengganas Israel serbu lagi rumah penduduk Palestin di Tebing Barat

24 orang ditahan, disoal siasat beberapa jam sebelum dibebaskan

RAMALLAH, 29 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Pasukan penjajah Israel menyerbu bandar Surif di selatan Tebing Barat, berdekatan barat laut Hebron hari ini.

Menurut sumber tempatan dan Persatuan Tahanan Palestin, seramai 24 penduduk Palestin ditahan pasukan rejim selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Difahamkan, tentera pengganas Israel menyerbu beberapa rumah di bandar itu awal pagi ini sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk dan menangkap 24 lelaki Palestin – kebanyakannya bekas tahanan politik.

Kesemua mereka digari, ditutup mata dan dikurung di sebuah sekolah di bandar itu bagi tujuan soal siasat, kata sumber.

Rejim Zionis sering menyerbu bandar, kampung dan pelarian Palestin serta menahan penduduk untuk tujuan soal siasat sebelum mereka dibebaskan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button