Berita Utama

PRU15: GTA harap kerjasama politik lawan kleptokrat

Masih buka ruang jalin kerjasama politik dengan pihak tertentu

BANGI, 18 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Gerakan Tanah Air (GTA) tekad mahu ‘menguburkan’ golongan kleptokrat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Atas dasar itu, GTA yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad masih terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sama.

“Moga-moga kita dapat bekerjasama dan berganding bahu melawan kleptokrat demi negara tercinta.

“Kuburkan kleptokrat,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, GTA membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan mereka, iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Bahkan beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, PH membuat keputusan muktamad tiada kerjasama dengan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui GTA dan Perikatan Nasional (PN).

Sementara PN pula meneliti kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Menurut Muhyiddin, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) PN memandangkan ia tidak boleh diputuskan oleh beliau seorang selain melibatkan pimpinan daripada parti-parti komponen di dalam PN.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/10/14/pru15-pn-teliti-kerjasama-dengan-gta/
https://ismaweb.net/2022/10/14/1rakyat-boleh-sekat-kleptokrat-jika-keluar-mengundi-pru15/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button