Berita UtamaDunia

Siasat asal usul COVID–19, pakar WHO ke hospital Wuhan

Kunjungi Institut Virologi dan pasar yang dipercayai tempat kluster pertama

WUHAN, 17 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 hari ini bertemu dengan kakitangan hospital Wuhan yang menerima kes pertama wabak itu.

Pertemuan itu dilakukan pada hari kedua di lapangan.

Kumpulan pakar berkenaan dibawa ke Hospital Jinvintan, hospital pertama menerima pesakit COVID-19 yang didiagnosis secara rasmi pada akhir 2019, ketika wabak itu muncul di tengah bandar China.

Sebelum ini, misi berkenaan sentiasa tergendala apabila China menolak akses kepada kumpulan pakar itu sehingga pertengahan bulan.

WHO menegaskan bahawa siasatan dilakukan akan berpegang teguh pada sains di sebalik bagaimana virus itu boleh dijangkiti daripada haiwan, dipercayai kelawar kepada manusia.

Pada masa sama, pasukan pakar dijangka mengunjungi pasar yang dipercayai menjadi kluster utama yang pertama, Insitut Virologi Wuhan dan makmal lain.

Beijing sangat terdesak untuk menangkis kritikan berhubung kaedah negara itu menguruskan wabak pada peringkat awal.

Pandemik kini merebak ke seluruh dunia dengan mengorbankan lebih dua juta orang dan meruntuhkan ekonomi.

China, dengan jumlah kematian yang dilaporkan rendah iaitu 4,636 orang, kini melaksanakan semula perintah berkurung di wilayah yang dikesan terdapat jangkitan COVID-19. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button