Artikel KhasBerita Utama

Pembela rayu pihak berkuasa terima kunjungan, bincang isu mahkamah dan Islam

Kejayaan isytihar murtad bakal buka ‘floodgate’ lebih luas

INILAH apa yang saya selalu perkatakan sebagai implikasi kepada ‘floodgate’ yang terbuka. Bagi saya, kali ini ialah hasil daripada keputusan mahkamah dalam kes Rosliza Ibrahim yang dibenarkan diisytihar sebagai bukan Islam.

Semalam, media melaporkan seorang individu yang memohon mahkamah untuk membatalkan status dirinya yang didaftarkan sebagai seorang Islam oleh bapanya lebih kurang 30 tahun yang lalu.

Jika mengikut ‘precedent’ keputusan mahkamah yang membenarkan Puan Rosliza Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam, selepas berpuluh tahun hidup berstatuskan Islam, maka individu yang memohon ini pasti akan berjaya.

Dan kejayaan kedua berturut-turut ini pasti akan diiringi dengan ketiga, keempat, kelima dan seterusnya kerana ‘floodgate’ sudah dibuka semakin luas.

Kita pasti memang ramai sudah ‘beratur’ untuk berbuat perkara yang sama kerana kemungkinan untuk berjaya itu adalah semakin meyakinkan.

Tetapi bagi saya, ada lagi banyak lagi ‘floodgate’ yang lebih besar yang boleh terbuka rentetan siri-siri peristiwa sebegini.

Mungkinkah kita akan menuju sejengkal demi sejengkal ke arah kebenaran untuk terus murtad secara keseluruhan atau agama seseorang hanya boleh dipilih selepas umur 18 tahun?

Ada negara-negara Barat sudahpun, atau sekurang-kurangnya hampir di tahap itu. Dan kita lihat memang orang kita suka sangat terikut-ikut.

Mungkin bukan sekarang, bukan 10 tahun lagi tapi mungkin 100 tahun lagi. Dan mencapai sesuatu ‘milestone’ yang besar adalah hasil daripada batu-bata kecil yang ‘membina’ kejayaan tersebut.

Lihatlah berapa lama dan betapa terancangnya sehingga perkahwinan sejenis akhirnya dibenarkan di pelbagai negara yang mana 100 tahun yang lalu negara-negara tersebut ‘totok’ menentangnya.

Banyak lagi kes akidah yang boleh dikaitkan dan disentuh, misalnya kes Indira Gandhi dan sebagainya.

Tetapi saya ingin mengajak kita untuk berfikir dan melihat isu-isu sebegini dengan pelbagai lapis dan perspektif.

Kepada pihak yang mempunyai kuasa, sampai bila mahu pejam sebelah mata dan leka? Terimalah permohonan kunjungan kami dan kita berbincanglah untuk selesaikannya sebagai satu ummah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Baca lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/566897?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button