Berita UtamaDunia

Kes bunuh pemuda Palestin: ICC perlu siasat, kejahatan Israel tak boleh lagi dibiarkan

Pengganas Zionis akan terus menceroboh, bertindak ganas

BAITULMAQDIS, 30 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Pihak berkuasa Palestin dan kumpulan hak asasi manusia mengutuk pembunuhan kejam seorang lelaki Palestin oleh rejim haram Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Polis Israel mengeluarkan video pengawasan dari kawasan serangan berhampiran Kota Lama Baitulmaqdis pada Sabtu.

Rakaman yang dirakam oleh orang ramai menunjukkan pegawai polis Israel terus menembak Mohammad Salima, 25 dari jarak dekat meskipun dia tidak mendatangkan ancaman.

Pejabat Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas berkata, tembakan itu kesinambungan pencerobohan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak boleh dibiarkan.

Sementara Perdana Menteri PA, Mohammad Shtayyeh mengecam insiden itu sebagai jenayah pelaksanaan dan menggesa ia dimasukkan ke dalam fail siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung jenayah perang Israel.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem, menulis di Twitter: “Bertentangan dengan istilah yang telah dibersihkan oleh pihak berkuasa dan penggunaan media Israel, penyerang itu tidak ‘dineutralkan’. Dia secara ringkas dihukum bunuh.” – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2021/12/05/rejim-haram-makin-zalim-tembak-mati-pemuda-palestin-sesuka-hati/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button