Berita Utama

Banjir di Terengganu makin pulih

Hanya satu PPS dibuka

KUALA TERENGGANU, 30 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 24 orang daripada lapan keluarga setakat 5 petang tadi.

Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 39 orang daripada lapan keluarga di tiga PPS pada 8 pagi tadi.

Ia susulan penutupan dua PPS di Kuala Nerus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan, tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu menerusi kenyataan memaklumkan, semua 24 orang daripada lapan keluarga tersebut berada di PPS SK Atas Tol, Kuala Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras amaran atau bahaya setakat 5 petang ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button